Program Tiny Techies: Robotic Innovation Siri 2

17 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

NADI Bengoh telah mengadakan program Tiny Techies: Robotic Innovation Siri 2 secara atas talian pada 16 Mei 2026 (Sabtu), dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang. Program ini telah disertai oleh seramai tiga orang peserta kanak-kanak dari komuniti setempat.

Program ini bertujuan memperkenalkan asas inovasi robotik dan teknologi kepada kanak-kanak melalui pembelajaran interaktif secara dalam talian. Para peserta turut didedahkan dengan pengetahuan asas berkaitan komponen elektronik dan kreativiti dalam bidang robotik.

Melalui program ini, peserta dapat meningkatkan minat serta kemahiran awal dalam bidang teknologi dan inovasi sejajar dengan perkembangan dunia digital masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali